Kerjaya bola sepak Soh_Chin_Aun

Pada tahun 1971, Chin Aun yang baru berusia 21 tahun ketika itu menjadi ketua pasukan termuda dalam kelayakan Sukan Olimpik 1974 di Seoul, Korea Selatan. Beliau merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman dan berperanan sebagai ketua pasukan.

Kehebatan beliau mengemudi barisan pertahanan bersama Santokh Singh menghadirkan gerun kepada pasukan Asia yang menentang Malaysia pada era 70-an hinggalah 80-an. Beliau digelar sebagai Dewa Peperangan kerana kebijaksanaannya mengemudi pasukan.

Selepas bersara dari bermain bola sepak, Chin Aun cuba berjinak-jinak dalam bidang politik dengan bertanding pada Pilihan Raya Parlimen Kota Melaka pada 1986 tetapi tewas dengan jumlah besar 17,606 undi kepada Lim Guan Eng.[3] Pada tahun 2007, Chin Aun dilantik sebagai Pengerusi Pengadil Malaysia pada 13 Mac 2007. Beliau kemudian memegang jawatan selaku pengurus pasukan bola sepak Malaysia pada 2007 sehinngga Februari 2009.

Pada tahun 2016, beliau membuat kemunculan khas dalam filem Ola Bola sebagai Chow Kok Keong, watak berdasarkan dirinya sendiri semasa kempen kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980.